Malaysia Industry Skills Academy(MISA)
OIL & GASIndustri Minyak dan Gas: Mencabar dan Penuh Peluang
Melangkah ke dalam kerjaya dalam industri minyak dan gas membawa pengalaman yang seronok dengan peluang tanpa batas. Sudah semestinya pelatih akan merasai pengalaman-pengalaman yang mencabar kerana tugas ini termasuk dari kerjaya yang berisiko. Oleh itu, bekerjaya dalam industri ini mampu mendapat gaji yang lumayan seiring pengalaman yang luas. Menyertai industri yang kritikal ini tidak hanya memberikan pengalaman kerja yang bermakna tetapi juga peluang untuk menyumbang kepada kemajuan global dan kelestarian sumber daya alam.
Sijil Profesional Pemasangan Paip Gas dan Sijil Profesional Paip dan Jurugegas membuka pintu kepada pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam industri ini. Dengan fokus pada teknologi terkini, latihan praktikal yang mendalam, dan pengajaran oleh pakar industri, program ini mempersiapkan graduan untuk menjadi ahli yang berkemampuan tinggi dan dicari dalam bidang pemasangan, penyelenggaraan, dan pengurusan sistem paip gas. Kami menawarkan program kursus jangka pendek yang menjadi pilihan ramai iaitu:
  • Sijil Profesional Pemasangan Paip Gas
  • Sijil Profesional Paip dan Jurugegas
  • Sijil Profesional Kulinari
  • Dengan Kursus Ini, Anda Akan Dapat
  • Percuma Uniform PPE
  • NIOSH Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  • Kad CIDB
  • Lesen Offshore T-Bosiet OPITO
  • Sijil Basic Fire Watch
  • Medical OHD
  • Confined Space Entry (AESP)
  • Medical Offshore
  • Gas Pipe Installation (ABM) (High Pressure)
  • Jaminan Pekerjaan
  • Syarat-Syarat Kelayakan
  • 18 hingga 35 tahun
  • Memiliki sekurang-kurangnya PT3/ SPM
  • Sihat tubuh badan (Lulus Medikal Klinik Panel Jabatan Laut)
  • Bebas penyalahgunaan dadah
  • Lelaki sahaja
  • Malaysia Industry Skills Academy(MISA)
    ScaffoldingMelangkah ke dunia scaffolding, keselamatan terjamin, peluang kerjaya luas
    Meneruskan kerjaya dalam industri pembinaan melalui kursus Sijil Profisiensi Scaffolding membawa pengalaman menarik dan peluang yang mencabar. Kursus ini bukan sahaja menyediakan kemahiran teknikal dalam memasang dan menyelenggara perancah dengan selamat, tetapi juga membuka pintu kepada peluang kerjaya yang luas. Keunikan kursus ini terletak pada pengiktirafannya daripada badan berkuasa yang diiktiraf, menjamin kualiti dan piawaian keselamatan yang tinggi.
    Dengan bimbingan pakar industri, peserta kursus scaffolding memperoleh pandangan berharga daripada profesional berpengalaman. Pengalaman ini tidak hanya membina kecekapan teknikal, tetapi juga meningkatkan kemahiran keselamatan dan keupayaan menghadapi situasi kritikal. Sertai kursus ini untuk memulakan kerjaya dalam scaffolding dengan pengiktirafan dari industri pembinaan yang utama. Kami menawarkan program kursus jangka pendek yang menjadi pilihan ramai iaitu:
  • Sijil Profisiensi Perkapalan - kelasi geladak & kelasi enjin
  • Sijil Profesional Katering Maritim
  • Dengan Kursus Ini, Anda Akan Peroleh
  • Percuma Penginapan
  • Percuma Pemeriksaan Perubatan
  • Elaun Makan Disediakan
  • Pengiktirafan Antarabangsa
  • Kad Pelaut
  • Sijil Jabatan Laut
  • STCW Basic Training
  • STCW Basic Training Oil & Chemical Tanker
  • STCW Crowd Management
  • STCW Designated Security Duties
  • STCW Ship Security Awareness
  • General Aspect Seamanship Skills
  • Basic Rigging & Slinging
  • General Purpose Engine
  • General Purpose Deck
  • Softskill
  • Penempatan Pekerjaan
  • Syarat-Syarat Kelayakan
  • Lelaki
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Sihat dan tidak buta warna
  • Malaysia Industry Skills Academy(MISA)
    Non-destructive Testing(Radiographic Testing)(NDT-RT)Melangkah ke kemahiran tinggi, peluang luas.
    Kursus ini merupakan salah satu kaedah pemeriksaan yag digunakan untuk menilai integriti dan kualiti bahan atau struktur tanpa merosakkannya. Radiographic Testing(RT) menggunakan sinar-X atau sinar gamma untuk mengesan kecacatan dalaman seperti retakan, porosti atau kekosongan dalam bahan seperti logam atau kimpalan:
    Konsep Utama NDT-RT:
    1. Prinsip Ujian:
    • RT melibatkan penggunaan sumber radiasi (sinar-X atau sinar gamma) yang dipancarkan melalui objek atau bahan diuji. Di sebalik bahan tersebut, sebuah filem radiografi atau detector digital akan menagkap imej yang terbentuk oleh penyerapan radiasi oleh bahan tersebut.
    2. Imej Radiografi:
    • Imej yang terhasil menunjukkan perbezaan dalam ketebalan atau ketumpatan bahan. Kecacatan dalaman seperti retak, lubang, atau kawasann yang tidak seragam akan muncul dalam imej sebagai kawasan gelap atau terang, bergantung pada jenis kecacatan atau ketumpatan bahan.
    3. Analisis dan Penilaian:
    • Pakar radiografi (Radiographic Interpreter) akan menilai imej untuk mengenal pasti kecacatan yang mungkin ada. Mereka menggunakan panduan dan piawaian yang ditetapkan, seperti kod ASME atau ISO, untuk menilai sama ada kecacatan tersebut boleh diterima atau tidak.
    Ciri Utama NDT-RT:
    Radiografi Sinar-X atau Gamma:
    • Sinar dipancarkan melalui objek, dan detektor atau filem menangkap imej yang menunjukkan sebarang kecacatan.
    Tanpa merosakkan bahan:
    • Berbeza dengan kaedah ujian lain, NDT-RT tidak memerlukan pemotongan atau perubahan pada bahan yang diuji, menjadikannya ideal untuk pemeriksaan kualiti pada komponen yang mahal atau kritikal.
    Kelebihan NDT-RT:
    Tanpa Kerosakkan:
    • Bahan yang diuji tidak perlu dirosakkan atau dipotong, yang menjimatkan kos dan mengekalkan integriti bahan.
    Boleh digunakan untuk pelbagai bahan:
    • RT digunakan untuk memeriksa kimpalan, logam, paip, dan pelbagai struktur yang digunakan dalam industri seperti pembinaan, aeroangkasa, minyak dan gas, serta sektor pembuatan
    Kebolehan Mengesan Kecacatan Dalaman:
    • Kursus ini sangat berguna dalam mengenal pasti kecacatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau kaedah ujian permukaan.
    Kursus jangka pendek NDT-RT biasanya dirancang untuk memberikan pelatihan praktis dan teori agar peserta dapat menguasai teknik-teknik tersebut tersebut secara efektif. Berikut adalah beberapa kursus jangka pendek yang sering ditawarkan:
    1. Kursus Pengantar NDT:
    • Fokus pada konsep dasar NDT, Teknik-teknik umum, dan aplikasi praktis.
    • Biasanya merangkumi pengenalan kepada pelbagai kaedah NDT seperti ultrasonik, magnetik partikel, dan penetran cair.
    2. Kursus Radiographic Testing(RT):
    • Mengajarkann prinsip dasar radiografi, termasuk penggunaan sinar-X atau sinar gamma untuk pengujian material.
    • Termasuk pelatihan dalam Teknik pembuatan gambar, interpretasi hasil, dan keamanan radiasi.
    3. Kursus Teknik Spesifik:
    • Fokus pada teknik tertentu seperti ultrasonik, magnetik partikel, atau penetran cair
    • Memberikan pelatihan mendalam tentang kaedah dan aplikasi teknik tersebut
    4. Kursus Sertifikasi NDT:
    • Ditujukan untuk mempersiapkan peserta untuk ujian sertifikasi, seperti level 1, ll atau lll dalam pelbagai kaedah NDT.
    • Kursus ini sering kali merangkumi pelatihan intensif, simulasi ujian dan pembelajaran mengenai standart industri.
    5. Kursus Keselamatan Radiasi:
    • Mengajarkan praktik terbaik dallam melindungi diri dan orang lain dari radiasi yang digunakan dalam radiagraphic testing.
    • Termasuk penggunaan alat pelindung dan prosedur keselamatan.
    Dengan Kursus ini, anda akan peroleh:
  • Penempatan pekerjaan dan latihan diberikan
  • Percuma makan dan minum tiga kali sehari semasa latihan
  • Percuma penginapan
  • Percuma basic uniform PPE
  • Non-Destructive Testing - Radiography Testing(NDT-RT) Level2- Direct Access
  • Syarat-syarat kelayakan:
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Berstatus bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas penyalahgunaa dadah
  • Lelaki: Memiliki 5M(Membaca, Menulis, Mengira, Minat dan Mampu)
  • Perempuan: Minimum SPM
  • 2